Thursday, March 11, 2010

KARNIVAL SUNGAI KLANG 2010

Karnival Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang 2010 akan diadakan pada 13 dan 14 Mac 2010 (Sabtu & Ahad) bertempat di Taman Pengkalan Batu. Karnival ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama GEC (Global Environment Centre), beberapa pihak berkuasa tempatan seperti MPK, MPAJ, MBSA, MBPJ, MPSJ dan beberapa agensi kerajaan yang lain. Aktiviti bermula dari jam 07.30 pagi hari Sabtu dengan Larian Bandar DiRaja. DYMM Sultan Selangor akan mencemar duli dengan pelepasan Larian dan baginda Tuanku akan melawat pameran dan santapan pagi. Pelbagai aktiviti telah diatur seperti persembahan kebudayaan, penyampaian hadiah Larian oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, pertandingan kayak dan program kanak2 tadika. Pada sebelah malamnya pula Konsert Karnival Sungai Klang akan di adakan. Pada 14 Mac (Ahad) seawal jam 8.30 pagi aktiviti2 seperti poco-poco, program River Ranger Sungai Klang Zon 1 yang melibatkan 3 pasukan River Ranger: Kampung Sungai Udang, Kampung Delek dan Sungai Pinang Bandar( permainan alam sekitar-River Hunt, Shopping Game, mewarna dan melukis). Demonstrasi dari GEC, persembahan Kombo dari MPK, MPSJ dan MBPJ. Pertandingan memancing dan karaoke juga diadakan. Program kemuncak Karnival ini adalah penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan kayak, karaoke dan Grand Lucky Draw. Program ini dijangka tamat pada jam 7.30 petang. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMERIAHKAN DAN MENJAYAKAN KARNIVAL SUNGAI KLANG 2010.

No comments:

Post a Comment