Friday, November 5, 2010

GAMBAR PROGRAM TAKLIMAT SEMULA




PROGRAM TAKLIMAT SEMULA (REFRESHMENT) RIVER RANGER

Program taklimat semula (refreshment)River Ranger Sungai Klang Zon 1:MPK telah diadakan pada hari Ahad 13 Jun 2010 bertempat di Balai JKKK Kampung Delek yang disertai oleh RR Kampung Delek sebagai tuan rumah, RR Sungai Pinang Bandar dan RR Sungai Udang. Taklimat ini dikendalikan oleh Dr Kalithasan dan dibantu oleh Cik Shafinaz dari GEC. Pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perancang Bandar MPK turut serta didalam Program ini. Program setengah hari ini dimulai dengan taklimat oleh Dr Kalithasan dan seterusnya kajian lapangan tahap kualiti air anak sungai di Kampung Delek.

Monday, March 15, 2010

KARNIVAL SUNGAI KLANG 2010 --13 & 14 MAC 2010

Karnival Sungai Klang 2010 telah berlangsung dengan meriahnya pada 13 dan 14 Mac yang lalu. River Ranger Sungai Udang, Sg Pinang Bandar dan Kg Delek( Zon 1 MPK) bersama-sama dengan pasukan2 River Ranger dari PBT2 yang lain telah bergandingan bahu menjayakan Karnival ini.
River Ranger Sg Udang telah menjuarai pertandingan River Hunt.

Thursday, March 11, 2010

KARNIVAL SUNGAI KLANG 2010

Karnival Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang 2010 akan diadakan pada 13 dan 14 Mac 2010 (Sabtu & Ahad) bertempat di Taman Pengkalan Batu. Karnival ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama GEC (Global Environment Centre), beberapa pihak berkuasa tempatan seperti MPK, MPAJ, MBSA, MBPJ, MPSJ dan beberapa agensi kerajaan yang lain. Aktiviti bermula dari jam 07.30 pagi hari Sabtu dengan Larian Bandar DiRaja. DYMM Sultan Selangor akan mencemar duli dengan pelepasan Larian dan baginda Tuanku akan melawat pameran dan santapan pagi. Pelbagai aktiviti telah diatur seperti persembahan kebudayaan, penyampaian hadiah Larian oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, pertandingan kayak dan program kanak2 tadika. Pada sebelah malamnya pula Konsert Karnival Sungai Klang akan di adakan. Pada 14 Mac (Ahad) seawal jam 8.30 pagi aktiviti2 seperti poco-poco, program River Ranger Sungai Klang Zon 1 yang melibatkan 3 pasukan River Ranger: Kampung Sungai Udang, Kampung Delek dan Sungai Pinang Bandar( permainan alam sekitar-River Hunt, Shopping Game, mewarna dan melukis). Demonstrasi dari GEC, persembahan Kombo dari MPK, MPSJ dan MBPJ. Pertandingan memancing dan karaoke juga diadakan. Program kemuncak Karnival ini adalah penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan kayak, karaoke dan Grand Lucky Draw. Program ini dijangka tamat pada jam 7.30 petang. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMERIAHKAN DAN MENJAYAKAN KARNIVAL SUNGAI KLANG 2010.

Saturday, February 20, 2010

KAD LAPORAN SUNGAI


Permarkahan keseluruhan mengenai lokasi yang telah dibuat kajian pada 16 Februari 2010 menunjukkan kategorinya sederhana pada ketiga-tiga lokasi.

Tuesday, February 16, 2010

PEMANTAUAN KUALITI AIR SUNGAI KALI KEDUA 2010





























Pada 16 Februari 2010 pasukan JKKK Sg Udang telah membuat pemantauan kualiti air di kawasan berikut :
1. Parit Jalan Melawis
2. Taman Pengkalan Batu
3. Kunci Air Benteng Sungai Bertih.
Senarai nama pemantau :
1. Hj Abdul Ghaffar bin Abdul Jalil dan anak-anak
2. Encik Azman bin Rafie dan anak-anak
3. Mohd Norhisam bin Ahmad
4. Hj Ramli bin Nordin
5. Muhammad Yaseen bin Abdul Kalam





































Wednesday, January 27, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KOMUNITI-RIVER RANGER


Majlis penyerahan kit penyelidikan kualiti air untuk penyelidikan di Kampung Budiman, Meru pada 24 Januari 2010 oleh ahli Majlis MPK, Tuan Haji Jamuliddin Elias kepada Pengerusi JKKK Kampung Sungai Udang Tn Haji Samsuri b Othman

Sunday, January 24, 2010

Kajian River Ranger Zon 1 Kg Sg Udang Klang

Kajian ini dibuat untuk mengetahui tahap kebersihan sungai kajian iaitu Sungai Kapar Kg Budiman dan Sg Klang di Kampung Sungai Udang Klang. Seramai 8 orang ahli JKKK Kg Sg Udang mengambil bahagian dalam program hari ini 24 Januari 2010.
Senarai nama ahli :
1. Haji Samsuri bin Hj Othman (Ketua)
2. Haji Abd Aziz
3. Haji Abd Ghaffar
4. Haji Ibrahim
5. Haji Ramli Khemah
6. Encik Azman
7. Encik Mohd Norhisam
8. Pn Kavitha

Keputusan kajian adalah seperti berikut :










Wednesday, January 13, 2010

WELCOME!

The RIVER Ranger is designed by Global Environment Centre (www.gecnet.info ) as an educational awareness and action programme. The programme emphasizes on every aspect of freshwater ecosytems, including its biodiversity, values and benefit to mankind.The programme aims to expand the knowledge and awareness of participants in local environment management and conservation. Participants will learn to appreciate and value our water source, and the importance of sustaining it for future generations. The ultimate outcome of the RIVER Ranger Programme will see participants that have been empowered to initiate and implement river basin audits, conservation projects, and resource management in their respective communities.