Thursday, June 2, 2011

MATHEMATICS CAMP DI TAMAN PERTANIAN MALAYSIA SHAH ALAM






Pada 17 Mac 2011 yang lalu PKA Masjid Darul Muttaqin dengan kerjasama JKKK Sungai Udang dan River Ranger Sungai Udang telah mengadakan program Mathematics Camp di Taman Pertanian Malaysia Shah Alam. Seramai 83 orang pelajar berusia diantara 13 hingga 17 tahun telah menyertai program tersebut. Program sehari itu diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan betapa seronoknya mempelajari subjek matematik disamping berinteraksi dengan alam sekitar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti permainan paintball, berkayak, maths quest dan penjagaan alam sekitar walaupun hujan turun dengan agak lebat pada waktu tengahari. Program tersebut berakhir sekitar jam 6.00 petang.

Monday, May 16, 2011

PROGRAM TAKLIMAT AHLI BARU RIVER RANGER SUNGAI KLANG MPK ZON 1













Program taklimat ahli baru River Ranger Sungai Klang :MPK Zon 1 telah diadakan pada 15 Mei 2011 (Ahad) dari jam 8.00 pagi bermula di Auditorium MPK dan seterusnya di lapangan kajian kualiti air di Kampung Sri Jaya, Meru dan Kunci Air Kampung Kuantan, Klang.Seramai 7 orang ahli mewakili RR Sungai Udang menghadiri program ini. Program ini khusus diadakan untuk pendedahan kepada ahli-ahli baru RR berkenaan betapa pentingnya penjagaan dan kebersihan longkang/parit dan sungai untuk manusia, tumbuhan, haiwan dan alam sekitar.

Friday, April 22, 2011

PROGRAM PENGINDAHAN SUNGAI KLANG 2011





Program Pengindahan Sungai Klang JPBD Selangor bersama MPK telah diadakan pada 9 April 2011 (Sabtu) bertempat di Taman Pengkalan Batu dan Taman Pengkalan Kampar. River Ranger Sungai Udang bersama-sama River Ranger Sg Pinang Bnadar dan Kampung Delek turut serta di dalam program tersebut. Antara aturcara program adalah senamrobik, ucapan aluan pengarah JPBD Selangor dan ucapan perasmian oleh NYDP MPK, pelancaran tong sampah 'Smart Bin', aktiviti penanaman pokok di sepanjang tebing Pengkalan Batu dan Pengkalan Kampar, pertandingan memancing dan pameran River Ranger Zon 1:MPK. Program berakhir sekitar jam 11 pagi.

Sunday, March 6, 2011

GOTONG ROYONG TMN TELUK PULAI 2010

Gotong royong Tmn Teluk Pulai telah dijalankan pada 20 Jun 2010 yang disertai oleh penduduk Tmn Teluk Pulai, JKKK Sungai Udang dan ahli2 RR Sungai Udang. Gotong royong itu berakhir sekitar jam 12 tengahari.

Friday, November 5, 2010

GAMBAR PROGRAM TAKLIMAT SEMULA




PROGRAM TAKLIMAT SEMULA (REFRESHMENT) RIVER RANGER

Program taklimat semula (refreshment)River Ranger Sungai Klang Zon 1:MPK telah diadakan pada hari Ahad 13 Jun 2010 bertempat di Balai JKKK Kampung Delek yang disertai oleh RR Kampung Delek sebagai tuan rumah, RR Sungai Pinang Bandar dan RR Sungai Udang. Taklimat ini dikendalikan oleh Dr Kalithasan dan dibantu oleh Cik Shafinaz dari GEC. Pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perancang Bandar MPK turut serta didalam Program ini. Program setengah hari ini dimulai dengan taklimat oleh Dr Kalithasan dan seterusnya kajian lapangan tahap kualiti air anak sungai di Kampung Delek.